BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 16, 2009

Definisi dan Peranan Akal



Definasi akal
Definasi akal ialah kekuatan untuk melahirkan keputusan (Kesimpulan) tentang sesuatu realiti. Kesimpulannya, akal adalah berfikir ataupun berfikir adalah akal. Yang terhasil apabila berlaku, Perpindahan realiti yang telah diinderai oleh 5 pancaindera ke dalam otak dan kemudian dihubungkan dengan maklumat awal yang tersimpan di dalam otak itu.
Berfikir terdiri daripada 4 komponen iaitu:

1. Realiti/objek: Sesuatu yang berlaku dalam bentuk visual atau bunyian ataupun sentuhan atau rasa atau bau-bauan dan sebagainya.
2. Lima pancaindera. Seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk rasa, kulit untuk sentuhan dan hidung untuk menghidu.
3. Otak: Untuk mengaitkan realiti dengan maklumat awal serta menyimpan data-data maklumat yang didapati.
4. Maklumat Awal: Kefahaman sesuatu fakta yang mempunyai ciri-ciri khas yang disesuaikan Pola Berfikirnya (Cara Berfikirnya).



Contohnya, Gambar yang paparan diatas adalah realitinya, gambar tersebut dicerap oleh mata untuk melihat dan direkleksikan didalam otak,kemudian otak akan mengaitkan realiti itu (Gambar itu) dengan maklumat awalnya. Maklumat awal akan menyatakan gambar itu adalah sebuah kapal terbang (jet) kerana kefahamannya kapal terbang ada ada sayap, boleh terbang, sirip kemudi berada dibelakangnye, sebagai ciri-ciri khasnya.


Benarkah manusia berfikir perlukan maklumat awal

马六甲7日讯-首相拿督斯里阿都拉巴达威今日说,国阵至今尚未有完整的候选人名单。

Kita ambil tulisan cina, bolehkah anda membacanya?

Ini disebabkan maklumat awal kita tiada, jadi kita tidak mampu membacanya. Bagaimana kalau kaji anak-anak yang belum akil baligh, yang tidak dapat membezakan baik dan buruk. Semua barang-barang hendak dimakan, semuanya hendak masuk mulut. Tak membezakan yang mana boleh dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan. Ini kerana maklumat awalnya kurang, tidak cukup dan belum sempurna.
Bagaimana kalau kaji orang gila, otaknya yang rosak. Maka dengan itu, otaknya gagal mengaitkan realiti dengan maklumat awalnya. Tingkahlakunya hanya berpanduan sisa-sisa memori yang ada.

Berikut dari firman Allah:
“ Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian mengajukan kepada malaikat, seraya berfirman:’Beritahu kepada-Ku nama-nama mereka semuanya, apabila kamu benar’. Mereka menjawab:’Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai ilmu sedikitpun kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana’, Dia berfirman: ‘Wahai Adam, sampaikan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Apabila Adam selesai menyebutkan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Dia berfirman:’Bukankah Aku telah beritahukan kepada kamu, bahawa Aku Maha Tahu perkara ghaib di langit dan dibumi, serta Maha Tahu apa yang kamu kemukakan dan apa yang kamu sembunyikan.’”
[QS Al Baqarah:Ayat 31-33]
Dari sini, menunjukkan segala maklumat awal yang ada berpunca daripada Allah.

Peranan Akal
Manusia memegang tanggungjawab yang lebih besar yang diamanahkan oleh Allah. Ini tidak dikenakan kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, binatang, bintang, matahari, bulan lantaran makluk seperti itu tiada Akal. Manusia dipertanggungjawabkan amanah Allah ini kerana adanya Akal. Akal kemampuan untuk berfikir.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban”
(Q.s Al-Isra:3)

Sebelum Islam dapat dijelmakan sebagai sebuah cara hidup, kaum muslimin mesti menjadikan akidah Islam sebagai cara berfikir (Aqidah Aqliyah) mereka terlebih dahulu. Iaitu takala mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan permasalahan ini mereka mesti sentiasa mempunyai kesedaran bahawa; untuk memperolehi keredhaan Allah SWT mereka tiada pilihan lain kecuali menyelesaikannya dengan hukum yang menepati Perintah-Perintah dan Larangan-Larangan Allah SWT yang termaktub di dalam al Quran dan as Sunnah.

Dengan ini mereka akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tersebut, mengenalpastinya dan mendalami method bagaimana hukum-hukum ini dapat digali dari sumbernya, dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan mereka. Tidak sehingga perkara ini berlaku, selagi itulah umat Islam tidak akan mampu untuk berfikir dengan pemikiran mereka untuk mencari, mengeluarkan dan mengamalkan peraturan-peraturan yang akan menyelesaikan masaalah kehidupan mereka untuk menghantar
mereka kepada matlamat kehidupan yang ditunjukkan oleh akidah mereka, iaitu keredhaan Allah SWT.

Tidak sehingga perkara ini berlaku, selama itulah umat Islam sentiasa meniru dan mengguna-pakai peraturan-peraturan yang menjauhkan hidup mereka dari keredhaan Allah SWT kerana peraturan-peraturan tersebut dilahirkan dari akidah yang asing
dan oleh orang-orang bukan Islam.

Selain dari itu, sebagaimana penjelasan sebelum ini, Akidah Islam terbukti telah melepasi ujian yang menepati piawaian akal waras dan fitrah manusia. Oleh itu ia adalah sebuah
akidah yang bermutu unggul yang memiliki kekuatan untuk menundukkan seluruh pemikiran manusia dengan ketundukan yang, memuaskan akal, dan menepati fitrah insaniah,
kerana itu ia dapat menenteramkan hati insan.

Dengan ini, tidak dapat dimungkiri lagi bahawa Akidah Islam mempunyai ciri-ciri yang melayakannya utuk menjadi sebuah Kepimpinan Pemikiran (Qiyadah fikriah) kepada umat manusia, yang akan memimpin pemikiran mereka seluruhnya agar dapat menjalani kehidupan yang menepati fitrah mereka sehinggalah kesejahteraan manusia sejagat dapat direalisasikan dalam kehidupan.

Walaubagaimanapun sebelum ianya menjadi Kepimpinan Pemikiran umat manusia seluruhnya, ia mestilah terlebih dahulu dijadikan Kepimpinan Pemikiran oleh muslim terlebih dahulu. Agar seluruh pemikirannya samada ianya berkaitan penyelesaian masaalah, ekonomi, sosial, perundangan, pemerintahan dan sebagainya tunduk kepada tuntutan Akidah Islam.

Seterusnya dia mesti membawa Kepimpinan Pemikiran ini ditengah-tengah masyarakat umat Islam dengan menyertai atau menyokong, secara bersungguh-sungguh, mana-mana kelompok yang mendakwahkan Islam kepada masyarakat dengan kaedah dakwah fikriah.

Apabila pemikiran Islam ini telah menjadi pemikiran yang dominan ditengah-tengah masyarakat barulah nanti pemimpin yang tidak terpimpin pemikiran mereka dengan Islam yang ketika ini memegang pemerintahan di negeri kaum muslimin yang menjadi
medan dakwah fikriah ini akan mengundurkan diri, secara sukarela atau terpaksa, untuk diambil-alih tempat mereka oleh Kepimpinan Islam.

Kemudian barulah Pemimpin Islam yang tunduk dengan Kepimpinan Pemikiran Islam ini akan menerapkan pemikiran Islam ini secara praktikal melalui penguatkuasaan hukum di dalam negara dan membawa Pemikiran Islam ini bersama-sama kaum muslimin keluar ke seluruh dunia.

Ini dilakukan melalui dakwah dan jihad.
Ini adalah kaedah yang tepat yang perlu diikuti oleh kaum muslimin supaya Pemikiran Islam menjadi pemikiran yang dominan didunia ini dan mengalahkan seluruh pemikiran yang lain, samada ianya pemikiran yang dilahirkan oleh ideologi Kapitalisme, kominisme termasuk juga sosialisme, mahupun agama-agama yang lainnya.

Kesimpulannya,
selagi Akidah Islam tidak diberikan peranan yang sewajarnya dalam kehidupan muslimin, selagi itulah ia tidak akan membawa sebarang penggaruh yang signifikan dalam kehidupan individu dan masyarakat kaum muslimin. Jauh sekali
untuk berpenggaruh secara domestik mahupun antarabangsa!

0 comments: