BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 15, 2009

NAK BERPASANGAN LA……………………………

Manusia memang inginkan kehidupan yang indah ketika berada di alam dunia ini. Antara perkara yang mampu membuatkan manusia ini gembira dan ceria sepanjang hayatnya ialah hadirnya peneman hidupnya yang mampu membuatkan kehidupannya lebih bermakna. Ini tidak dapat disangkal lagi kerana jika ditanya kepada sesiapa pun jua, maka jawapannya ialah dia inginkan seseorang yang mampu menyayangi dan mengasihinya disamping dia menyayangi seseorang tersebut.

Dalam agama islam , jelas telah disyariatkan bahawa kehidupan berpasangan adalah menjadi kewajipan manusia kerana ianya adalah aturan kehidupan di alam ini adalah berpasang-pasangan. Sebagaimana kejadian siang yang pasangannya adalah malam, kewujudan bulan yang lawannya adalah sang matahari, dan kelahiran bayi lelaki dan bayi perempuan, yang semuanya memperlihatkan kebesaran ,kekuasaan, kebijaksaan dan keagungan Al-Khaliq sebagai Maha Pencipta. Malah didalam al Quran telah memperincikan kisah “berpasang-pasangan”:

49. dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).

50. (Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya Aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran Yang nyata.

Surah Az-Zariyat.

Dalam konteks hari ini jalur kehidupan manusia tidak dapat tidak memerlukan pasangan masing-masing. Demi kelangsungan hidup, si jantan memerlukan si betina, atau si lelaki memerlukan si perempuan. Bersesuaian dengan itu, al-Quran mengandungi surah An-Nisa’ yang memperlihatkan keutamaan wanita atau perempuan kehidupan. Surah ini memperincikan segala bentuk tentang wanita dan kewanitaan, jesteru itu,maka manfaatlah surah ini dengan sebaik-baiknya dalam memahami fungsi dan peranan khalifah khususnya wanita di ala ini.

FITRAH MANUSIA.

Tanyalah kepada sesiapapun di dunia ini mengenai kehidupan berpasangan, saya yakin bahawa tiada sesiapapun yang sanggup hidup bersendirian, malah ada yang sanggup mengorbankan dirinya demi membahagiakan pasangannya ataupun kehidupannya bersama pasangannya. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi apabila kita menyaksikan pelbagai sejarah kehidupan manusia terdahulu berkaitan dengan pasangannya. Antara contoh yang hebat ialah kewujudan Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa sudah menjadi fitrah manusia itu ingin menyayangi dan disayangi oleh pasangannya. Hal ini menunjukkan bahawa proses kehidupan memerlukan kepada hubungan antara sesame manusia yang berlawanan jenis. Tidak lengkap diri seseorang itu andai tidak mengakhiri kehidupan dengan sebuah perkahwinan, tidak lengkap juga diri seseorang itu jika harta bertimbun tanpa rasa kasih dan rasa saying daripada kaum selawannya.

Pengertian rasa kasih dan rasa sayang memang cukup besar ertinya bagi kehidupan dan keamanan sejagat. Tidak dapat dinafikan “rahmah wa mawaddah” merupakan tali penghubung dan dapat menyatukan persaudaraan dan menyatakan perasaan manusia diatas muka bumi ini. Firman Allah:

7. semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu Dengan orang-orang Yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

KONSEP BERPASANG-PASANGAN

Memang menjadi lumrah alam bahawa kesunyian adalah suatu situasi yang amat merengsakan. Adakalanya menjadi suatu suasana yang mendukacutakan. Walaupun ada kalanya ianya bertukar menjadi suatu yang menenangkan. Ianya bergantung kepada tahap penelitian manusia kearah mana kesunyian itu disepadukan dalam menjalani kehidupan.

Justeru itu, konsep berpasang-pasangan seharusnya difahami, dimengerti dan ditelitikan dengan sebetul-betulnya terutamanya bagi golongan muda mudi sekarang ini. Hal ini kerana besar tanggungjawab dan peranan sebagai insan yang dianugerahkan segala macam bentuk kenikmatan dan keselesaan dalam mengimplikasikan perasaan kasih, sayang, cinta, rindu, dan lain-lain dalam kehidupan agar tidak terpesong dari landasan keagamaan.

MENJAGA MARUAH DAN AKHLAK SEMASA PERGAULAN.

Permasalahan muda-mudi sekarang yang terjebak alam percintaan , memadu kasih serta melakukan kegiatan khalwat untuk memadu kasih malah ada yang sudah menjadi mangsa percintaan sehinggalah melahirkan anak luar nikah yang kini lebih dikenali sebagai ‘anak tidak sah taraf’ antara permasalahan gejala sosial yang semakin meningkat di dalam masyarakat kita sekarang, sehingga tahap yang amat membimbangkan. Isu ini bukan sahaja menular di kalangan golongan yang berpendidikan rendah malahan kepada golongan berpendidikan tinggi. Selagi kita ini di gelar sebagai manusia, tidak dapat tidak untuk menafikan kewujudan perasaan atau rasa cinta, kasih dan sayang yang menebal di dalam hati. Sejalur perasaan yang semakin meluap-luap dan perasaan yang semakin meluap-luap setiap hari pastinya membelenggu perasaan remaja ataupun golongan pemuda-pemudi yang menyebabkab mereka terjerat dalam dunia percintaan.

Sehubungan dengan perasaan kasih sayang tersebut, maka agama islam telah pun menetapkan kaedah-kaedah tertentu tatkala berhadapan dengan musim perkasihan yang melanda antara si teruna dan dara. Kebenaran Allah s.w.t memperincikan tentang adab dan etika ketika bermadu kasih jelas dalam al-Quran di dalam surah An-Nur:

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Pergaulan bebas yang membawa kepada perhubungan liar yang mencemarkan kedudukan pemuda-pemudi islam pada hari ini amatlah memalukan Negara bahkan jika di fokuskan di kalangan mahasiswa, maka perkara ini mampu melukakan hati banyak pihak, terutama sekali ibu bapa dan sanak saudaralah yang paling terluka. Bayangkan bagaimanakah perasaan si ibu jika mengetahui bahawa anak gadis ataupun anak teruna yang menjadi harapan keluarga terjebak dalalm hubungan terlarang ini. Dalam erti kata yang lain, keasyikkan warga kampus melayari bahtera asmara tanpa mempedulikan adab dan nilai timur apatah lagi nilai bagi seorang yang termasuk di dalam asnaf jihad fi sabillillah, maka ini merupakan satu petaka yang merusuhkan pemikiran orang tua. Kemabukkan rasa ketika memadu kasih sesungguhnya jalan yang menghancurkan masa depan sekaligus meranapkan harapan tinggi keluarga untuk mencipta kejayaan.

Mengetahui permasalahan ini, maka baginda Rasullullah telahpun bersabda yang bermaksud:

sesungguhnya Allah telah menetapkan diri anak keturunan Adam bahagiannya zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa diingkari. Mata itu boleh berzina,dan zinanya ialah pandangan. Lidah itu boleh berzina, dan zinanya ialah perkataan, kaki itu boleh berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu boleh berzina dan zinanya adalah tangkapan yang keras. Hati itu boleh berkeinginan dan berangan –angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya”

(riwayat al-Bukhari,Muslim, an-Nasa’I dan Abu Daud)

Barangkali buku Panduan Bercinta dan Memendam rindu karya Ibnu Qayyim al-Jauziah wajar di usik oleh pemuda yang bakal mewarnai kehidupan ini. Selain itu, pelbagai lagi karya yang menjadi perhatian untuk tujuan panduan perhubungan diantara pemuda-pemudi sudah banyak untuk dirujukibagi memandu keinginan hati berdasarkan apa yang telah di gariskan oleh agama. Jadi ringan-ringankanlah tangan untuk membelek buku yang mampu memandu arah perasaan hati selain Al-Quran itu sendiri.

Akhir kata, marilah wahai bakal pendokong agama, pemimpin masa hadapan, renung-renungkanlah kehidupan ini dengan mata hati,bukan sekadar mata yang zahir; berpasang-pasangan sememangnya di tuntut dalam agama Cuma tindakan dan perlakuan ketika menjalinkan hubungan hendaklah sejajar dengan apa yang telah di gariskan dalam islam yang di tuntut dalam syariat. Berusahalah kita untuk memperbaiki diri agar kita dapat meningkatkan mutu kehidupan selari dengan ajaran Islam, INSYAALLAH.

Rujukan: Kamariah Kamaruddin Laman Kampus.

šŸšžŸšžššŸšš

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

Pergaulan bebas yang membawa kepada perhubungan liar yang mencemarkan kedudukan pemuda-pemudi islam pada hari ini amatlah memalukan Negara bahkan jika di fokuskan di kalangan mahasiswa, maka perkara ini mampu melukakan hati banyak pihak, terutama sekali ibu bapa dan sanak saudaralah yang paling terluka. Bayangkan bagaimanakah perasaan si ibu jika mengetahui bahawa anak gadis ataupun anak teruna yang menjadi harapan keluarga terjebak dalalm hubungan terlarang ini. Dalam erti kata yang lain, keasyikkan warga kampus melayari bahtera asmara tanpa mempedulikan adab dan nilai timur apatah lagi nilai bagi seorang yang termasuk di dalam asnaf jihad fi sabillillah, maka ini merupakan satu petaka yang merusuhkan pemikiran orang tua. Kemabukkan rasa ketika memadu kasih sesungguhnya jalan yang menghancurkan masa depan sekaligus meranapkan harapan tinggi keluarga untuk mencipta kejayaan.

Mengetahui permasalahan ini, maka baginda Rasullullah telahpun bersabda yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah telah menetapkan diri anak keturunan Adam bahagiannya zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa diingkari. Mata itu boleh berzina,dan zinanya ialah pandangan. Lidah itu boleh berzina, dan zinanya ialah perkataan, kaki itu boleh berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu boleh berzina dan zinanya adalah tangkapan yang keras. Hati itu boleh berkeinginan dan berangan –angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya”

Monday, September 7, 2009

Otak kanan dan Otak kiri

Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan kiri. Kedua-dua bahagian ini mempunyai banyak persamaan. Namun, ia juga mempunyai beberapa perbezaan antaranya :

1. Otak kiri lebih memfokuskan pada fakta, logik, nombor, tulisan, bahasa, pertuturan dan perincian berkenaan dengan sesuatu perkara.
2. Otak kanan pula memfokuskan pada emosi, kreativiti, warna, nada, penglihatan, bentuk, corak dan konsep.

Orang yang mempunyai pemikiran yang baik adalah orang yang memanfaatkan kedua-dua bahagian otak ini. pendidikan Islam menekankan penggunaan kedua-dua bahagian ini secara serentak. Sebagai contoh , semasa mempelajari ilmu kaedah fikah, penggunaan bahasa serta pemahaman dalil secara terperinci ditekankan. Dengan cara demikian, bahasa yang tersurat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dapat difahami dengan betul. Bagi mencapai tujuan ini, otak kiri perlu dimanfaatkan. Antara dalil yang perlu dikaji adalah sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim yang menceritakan, "Nabi memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal yang menimpa mereka."

Secara zahir, nas ini menunjukkan kaum lelaki boleh memakai kain sutera apabila mereka menghidap penyakit yang serius. Daripada bahasa tersurat, ulama Islam membuat analisis bagi memahami bahasa yang tersirat di sebalik nas itu. Hasil daripada kajian dan analisis, lahir konsep serta kaedah yang bernilai tinggi yang dikenali sebagai kaedah fikah. Kaedah yang lahir daripada nas yang baru disebutkan tadi adalah kecemasan mengharuskan yang haram. bagi memahami konsep yang tersirat daripada bahasa yang tersurat, otak kanan perlu dimanfaatkan.

Umat Islam dididik supaya menguasai kemahiran interpersonal dengan baik. Dengan kemahiran ini, umat Islam mampu menyelami dan memahami perasaan orang lain melalui bahasa, gaya pertuturan serta bahasa badan yang dilahirkan. Dalam konteks ini, Allah brkata dalam surah al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud, "(berdermalah) kepada Allah. Mereka tidak dapat berusaha di muka bumi. Orang yang tidak mengetahui menyangka mereka adalah golongan yang kaya kerana mereka memelihara diri daripada meminta-minta. Kamu dapat mengenali mereka melalui sifat-sifat mereka kerana mereka tidak meminta kepada manusia secara mendesak." Bagi memahami perasaan dan emosi manusia melalui bahasa badan serta gaya pertuturan, otak kiri dan kanan perlu dimanfaatkan serentak.

Makan dan minum mempunyai pengaruh pada fungsi otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga ini diperoleh daripada karbohidrat. karbohidrat yang baik adalah karbohidrat kompleks seperti yang terdapat dalam pasta, bijiran, gandum, nasi dan seumpamanya. Karbohidrat kompleks tidak hanya berfungsi sebagai makanan yang menyalurkan tenaga. Ia juga mempunyai zat-zat logam, vitamin dan bahan serat yang penting bagi kesihatan manusia.

Sebaliknya, karbohidrat biasa seperti yang terdapat dalam gula-gula, coklat, sirap dan air botol bergas, hanya mempunyai kalori tanpa vitamin dan zat. Justeru, ia sewajarnya dijauhi. Kajian juga menunjukkan vitamin B perlu untuk kesihatan otak dan kekurangannya boleh menyebabkan kemurungan, sakit mental dan gangguan daripada sudut intelek. Mengambil ikan juga baik bagi otak kerana ia kaya dengan protein. Selain daripada itu, minyak ikan kaya dengan asid lemak terutamanya omega-3. Omega-3 berkhasiat kerana ia mencegah daripada kejadian strok.

______________________________________________________________________________________

Rujukan :

Danial Zainal Abidin.(2008). Otak kanan dan otak kiri, 7 Formula Individu Cemerlang (pp. 101-103).Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.