BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 5, 2009

KENALI DAN FAHAMI FITRAH MANUSIA

“ cinta yang berbalas adalah ubat yang paling
mujarab atas seorang anak muda dalam hidupnya”

Tidak dapat kita nafikan bahawa setiap individu yang sempurna akalnya akan merasai nikmat cinta. Tidak kira cintanya itu dalam bentuk yang bagaimana dan kepada siapa kerana cinta sebenarnya fitrah manusia. Cuma yang menjadi persoalan adalah bagaimana manusia itu memanipulasi perasaan cintanya itu agar tidak mendatangkan kemudaratan atau kesengsaraan pada diri khususnya jiwa manusia. Cinta kadangkala menjadi penawar namun ada kalanya menjadi racun yang sangat berbisa. Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita menyelami bagaimana perasaan cinta itu boleh hadir dalam diri manusia.
Pintu-pintu cinta. Bermula menjadi menarik dan kemudian memperoleh cinta, rasanya ia satu pengalaman menyeronokkan. Apabila seseorang jatuh cinta dan memperoleh cinta, dia sebenarnya membuka cinta pada hati orang lain melalui pintu yang tertentu. Pintu itu mungkin kecantikan wajah, kelembutan pekerti, kepetahan bercakap, kecerdasan fikiran, kesamaan nilai dan sebagainya. Cinta terus jadi misteri selagi mana manusia masih bergerak dan hidup di muka bumi ini. Carilah pintu yang kita tetapkan dan bertawakallah.
Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya roh manusia itu seperti tentera yang terlatih”. Sekiranya seorang tentera daripada division infrantry maka dia pasti masuk ke division infantry juga. Samalah roh manusia. Sekiranya seorang datang daripada bahagian tertentu, maka dia berjumpa dengan individu daripada bahagian itu juga. Ini bermakna pertemuan kita datang daripada roh yang sama. Kita pasti serasi apabila kita bertemu dengan orang yang sama rohnya dengan kita.
Lelaki dalam cinta. Ramai wanita tertanya-tanya, apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai oleh wanita apabila mereka bertemu dalam perkara cinta. Lelaki jadi misteri kepada wanita disebabkan lelaki tidak suka menerangkan secara terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila mereka sedang mengalami rasa cinta. Menurut pakar psikologi, bagi wanita cinta adalah sejenis emosi tetapi sebaliknya bagi lelaki. Kepada lelaki, cinta adalah satu peristiwa, suatu kejadian, bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.
Pada lelaki apabila sekali dia sudah melafazkan komitmen cintanya pada seorang wanita, sama ada melalui ikatan janji, tali pertunangan dan pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta akan terus berada pada tempatnya iaitu kepada wanita itu dan tidak berubah-ubah lagi.
Pada lelaki selepas melafazkan rasa cintanya, tidak perlu lagi dia mengulang-ulang dengan membisik ke telinga isterinya lagi seperti dahulu. Lelaki mendapat keseronokan dan kepuasan dalam bercinta apabila dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan pasangannya. Bagi lelaki, persahabatan dan percintaan adalah sambungan kepada aktiviti mereka lakukan bersama. Justeru, wanita perlu memahami lelaki mengecapi cinta dengan melakukan aktiviti bersama. Lakukanlah aktiviti seperti berjalan-jalan, membasuh kereta bersama, berkebun dan sebagainya.

0 comments: